Kamis, 27 Januari 2011

APAKAH ITU SUNAT AB'AD ( سنة ابعاض )??

APAKAH ITU SUNAT AB'AD ( سنة ابعاض )??

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini, Allah mengizinkan penulis untuk menulis lagi. Untuk manfaat dan tatapan kawan2 semua. Dulu
penulis pernah menulis tentang perbandingan di antara solat dan tubuh manusia. Kawan2 boleh rujuk di sini.

Kali ini penulis ingin menyatakan pula apakah itu sunat ab'ad? Sunat ab'ad merupakan sesuatu perkara yang dilakukan di dalam solat. Tidak kira perkara itu dari segi fi'liah atau qauliah. Jika kita meninggalkan sunat ab'ad, maka disunatkan untuk kita tampalkan dengan sujud sahwi. Kata tuan musonnif kitab
فاتي منية المصلى ketika membahaskan tentang perkara ini;

"Dan sunat ab'ad kalau ditinggalkan dia, disunat kita tempel(tampalkan) dengan sujud sahwi..."

Berkata guru penulis ketika mensyarahkan kata2 tuan musonnif ini;

"Kita lakukan sujud sahwi itu bukan kerana nak gantikan perkara sunat ab'ad yang kita terlupa lakukan itu, tetapi sujud sahwi itu dilakukan kerana untuk mendapatkan pahala sunat ab'ad yang kita lupakan itu.."

Dan tidak membatalkan solat jika kita masih terlupa lagi untuk melakukan sujud sahwi. Cumanya kata guru penulis;

"Syaitan akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya meragu2kan kita dalam solat secara keseluruhannya.."

Baik, apakah itu sunat ab'ad??

Sunat ab'ad ada 8 perkara.

1. Membaca تشهد اول

2. Duduk
تشهد اول

3. Membaca قنوت

4. Berdiri baginya(qunut)

5. Selawat atas Nabi
صلى الله عليه وسلم kemudian daripada tasyahud awal. Adapun pada tasyahud akhir maka ia(selawat Nabi) adalah rukun solat.

6. Selawat ke atas Nabi
صلى الله عليه وسلم kemudian daripada qunut iaitu و صلى الله على سيدنا محمد

7. Membaca selawat ke atas آل kemudian daripada tasyahud akhir iaitu وعلى آل محمد

8. Membaca selawat ke atas آل kemudian daripada qunut iaitu وعلى آله وصحبه أجمعين

Maka inilah kelapan-lapan perkara dari perkara2 sunat ab'ad.. Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari lapan perkara ini maka disunatkan melakukan sujud sahwi. Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. Cumanya solat kita itu seperti tiada kaki atau tangan ditubuh kita. Walaupun tak menghilangkan nyawa, tapi tubuh kita sudah tidak sempurna. Seperti itu juga solat kita. Walaupun tak batalkan solat, tapi tidak menyempurnakan solat kita. Oleh itu, janganlah ambil mudah dengan perkara sunat ab'ad ini... Wallahu a'lam..


Rujukan kitab فاتي منية المصلى

Tidak ada komentar:

Posting Komentar